Monday, January 19, 2015

Persediaan Mendaki Gunung

Success depends upon previous preparation, and without such preparation there is sure to be failure.
Confucius



haha… aca-aca macam orang lamo naik gunung la…hohoho… tapi gua baru-baru jer lagi ni mendaki, cuma untuk memudahkan kita sesama manusia  …  dulu aku masa first2 naik gunung terbarai, semua barang tak cukup, last2 naik gunung datang la lapar la, injured la, terkehel la, apa la, orang yang naik dengan kita dah tinggalkan kita jauh dah… so kita sebagai pendaki gunung perlu ada persediaan yang rapi sebelum mendaki agar kita dapat memudahkan segala perjalanan semasa aktiviti mendaki nanti……haha poyo giler gua..hihi

Life is too short to start your day with broken pieces of yesterday. It will definitely destroy your good today & ruin your great tomorrow.




barang-barang yang perlu ada di dalam beg seorang pendaki sekurang-kurangnya adalah;-

1. Roti / makanan berkabohidrat yang mudah dibawa sebagai tenaga


2. air minuman (mineral water/ drinking water/ isotonic water dan apa-apa water la…. dengan quantity yang mencukupi..


3. makanan ringan /coklat (seperti choki-choki, gula-gula, lollipop) sebagai glukos tambahan yang cepat tindakbalas







4. ubat-ubatan peribadi (seperti paracetamol,painkiller,  minyak panas, minyak cap kapak, ubat allergic,ubat sakit gigi, ubat sakit perut, dan lain-lain lagi) handy plus jangan dilupain ya pak,  Handy plus yg bagus adalah yg kaler jernih atau putih, kerana gam dia x memberi kesan kepada kulit


5. ORS (Oral Rehydration Salt) untuk pengganti garam yang banyak hilang oleh kerana banyaknya peluh yang keluar.. untuk pengetahuan kita semua juga kekurangan garam boleh mengakibatkan kekejangan otot yang serius



6. Barang-Barang Mandi ( bagi yang mendaki lebih satu hari)



7. Stove ( Dapur Gas) sekiranya perlu….

belilah apa bentuk pun yang awak-awak semua suka, mahal ke murah ke, semua barang pasti akan rosak, yang kukuh pasti rapuh, yang elok pasti akan rosak, hahaha…. tapi apa pun yang mahal ni tahan lah lama sikit, bentuk pun ringkas dan mudah di bawa ke mana-mana…






8. Barang keperluan untuk tidur (bagi yang mendaki lebih satu hari)
sleeping bag, khemah, flysheet, ground sheet dan spa pun barang yang korang rasa selesa untuk tidur apabila berkhemah, asalkan tidak membebankan.











9. Pakaian (pakaian yang bersesuaian adalah pakaian yang diperbuat daripada kain lycra,….ala yang macam kain2 baju sukan tue…tah la aku pun tak taw apa nama dia, kalau nak pakai cotton better pakai inner kat dalam… kalau tak peluh kau pasti akan buat baju tue busuk selamanya…haha…

Stokin tambahan


10. pisau yang perlu disorokkan untuk penggunaan ketika kecemasan
11. sedikit garam dan sedikt gula



Peralatan tambahan

1. Peralatan Navigasi: GPS, peta, kompas/Kiblat , jam tangan
2. Peralatan Fotografi: kamera atau  handycam.
3. Peralatan Komunikasi: telefon bimbit


KEMALANGAN DI GUNUNG

Biasanya disebabkan oleh:
1.    Kedinginan
2.    Kelaparan
3.    Kehausan
4.    Kehilangan arah / tersesat

aapa-apa pun persediaan sebelum mendaki gunung sangatlah penting, memang seronok naik gunung , ada juga yang terpaksa, ada juga yang tak suka tapi apa-apa perkara yang kita buat kita juga perlu memastikan perkara buruk yang akan jadi apabila mendaki, sekadar untuk kita bersedia di masa depan, supaya tidak panik, gelabah dan lain-lain lagi… aku cerita untuk diri aku la….  eleh ini semua untuk new comer lebih bersedia la, kalau korang ada idea lain pun ok jer, asalkan barang-barang kita sentiasa mencukupi kan? haha…tapi kalau ada kawan yang memerlukan pertolongan kita, apa salahnya kita tolong yer tak…  masuk jer hutan buang sikap mementingkan diri dan tamak haloba tue…haha… kita sama-sama cuba yang terbaik…yeahhhh!!!

aapa-apa pun jumpa di atas gunung jangan lupa tegur ea….. gua pun baru-baru jer belajar ni…. haha… 


Life is too short to start your day with broken pieces of yesterday. It will definitely destroy your good today & ruin your great tomorrow. 














a


No comments:

Post a Comment