Saya sendiri tidak menyangka bahawa nama besar ini melalui kehidupan sangat sukar terutama selepas beliau berhijrah dan berpindah dari Studio Jalan Ampas Singapura ke Studio Merdeka di Ulu Kelang. Kemuncak kerjayanya ialah selepas beliau mengahwini bekas isteri Sultan Perak iaitu Norizan pada tahun 1955. Filem-filemnya ketika era itu mendapat sambutan luar biasa, dan hampir kesemua filem arahan dan lakonannya mendapat kutipan Box-Office.
Malah, banyak anugerah diterima oleh Allahyarham P. Ramlee ketika itu. Namun, sayang seribu kali sayang, di saat-saat dunia filem dan hiburan makin maju, P. Ramlee makin dilupakan. Filem warna dan TV memberikan impak sangat besar pada beliau, dan lagu-lagu dari Barat seperti lagu The Beatles, lagu-lagu reggae serta Pop Yeah Yeah telah membuatkan lagu-lagu alunan P. Ramlee dilupakan.
Beliau pernah kena boo oleh penonton dan paling perit terpaksa bekerja apa sahaja untuk menyara keluarga termasuklah membuka sebuah kedai Mahjong. Dalam keperitan dan kesempitan hidupnya yang kian dilupai, P. Ramlee masih lagi boleh hulurkan bantuan kepada mereka yang lebih memerlukan.
Latar Belakang P.Ramlee
Sedikit latar belakang mengenai Allahyarham Tan Sri P.Ramlee sebagai rujukan.- Nama sebenar P. Ramlee ialah Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh
- Dilahirkan di Pulau Pinang pada hari Rabu 22 Mac 1929 tepat pada pagi Hari Raya Idil Fitri.
- Ayahnya - Teuku Nyak Puteh merupakan seorang ahli pelayaran yang berasal dari Lho' Seumawe, Aceh yang telah berkahwin dengan Che Mah Hussin pada 1925 di Kubang Buaya, Butterworth.
- Nama Ramlee adalah nama timangan yang diberikan oleh neneknya iaitu ibu Che Mah Hussin.
- Pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke sekolah Francis Light hingga darjah lima. Kemudian beliau menyambungkan pelajaran di Penang Free School.
- Encik Hashim iaitu ayah Allahyarham Ahmad Daud adalah salah seorang guru P. Ramlee di Penang Free School yang banyak membantunya.
- Pernah bersekolah di Japanese Navy School (Kaigun Gakko) semasa pendudukan Jepun. Beliau belajar cara kerja dan bahasa Jepun semasa di sekolah tersebut.
- Tamat belajar sehingga darjah tujuh di Penang Free School selepas tamat Perang Dunia Kedua.
P.Ramlee Pandai Main Biola dan Piano
- Pandai bermain biola dan piano. Belajar bermain biola di sekolah Jepun, dan belajar main piona dengan Encik Kamarudin yang merupakan guru muzik terkenal.
- Menang pertandingan menyanyi anjuran Radio Pulau Pinang khusus untuk Utara Malaya pada tahun 1945 (tempat ketiga), tempat kedua pada tahun 1946 dan juara pada tahun 1947.
- Mula dikenali sebagai P. Ramlee ketika menang dalam pertandingan nyanyian Radio Pulau Pinang. Beliau merasakan nama itu membawa tuah kepadanya.
- Lagu Azizah ciptaan dan nyayiannya adalah lagu yang membawa beliau ke Singapura selepas diundang oleh B.S. Rajhans, seorang pengarah filem dari Shaw Brothers, Singapura.
- Pagi Syawal 8 Ogos 1948 P. Ramlee bersama sahabat baiknya berlepas dengan keretapi ke Singapura untuk ke Studio Malay Film Productions di Jalan Ampas bagi uji bakat.
- Permulaan karier P.Ramlee di Studio Jalan Ampas bermula sebagai 'clapper boy', pembantu jurukamera, selain menyanyi sebagai penyanyi latar.
- Chinta (1948) adalah filem lakonannya pertama. Beliau menjadi seorang penjahat.
- Kawan-kawan P.Ramlee di Pulau Pinang ketawakan lakonan P.Ramlee kerana menjadi penjahat yang kurus kering dalam filem Chinta.
- Filem Bakti adalah filem pertama lakonannya sebagai hero di samping Kasma Booty.
- P.Ramlee adalah bintang filem pertama Malaya yang boleh menyanyi tanpa gunakan khidmat suara latar dalam filem.
Perkahwinan P.Ramlee
- Isteri pertama P.Ramlee bernama Junaidah iaitu anak pelawak D. Harris. Beliau berkahwin pada tahun 1950 atas sebab mahu menjaga hati D. Harris, di sebalik cintanya dengan kakak Junaidah. Jodoh mereka tidak panjang, dan bercerai pada tahun 1954.
- Filem Hang Tuah (1955) arahan Phani Majumdar, adalah filem terakhir P. Ramlee berlakon sebelum P. Ramlee menjadi pengarah.
- Pada 6 Februari 1955, P.Ramlee telah berkahwin dengan bekas isteri Sultan Perak iaitu Norizan. Perkahwinan ini merupakan perkahwinan cinta pandang pertama antara P.Ramlee dan Norizan. Norizan telah keluar dari kehidupan Istana, dan sejak berkahwin, P.Ramlee tidak pernah menjejakkan kaki lagi ke negeri Perak sebagai menghormati Sultan Perak sehinggalah baginda Sultan Perak mangkat.
- Perkahwinan dengan Norizan berakhir pada tahun 1961 kerana P.Ramlee begitu asyik dengan kerjaya seni sehingga mengabaikan Norizan dan anak-anak.
- P.Ramlee mencipta lebih daripada 250 buah lagu sepanjang kariernya.
- P.Ramlee tidak pandai bermain Saksofon, tetapi ramai yang percaya beliau boleh bermain Saksofon menerusi filem Ibu Mertuaku.
- Berlakon 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955.
- Tan Sri L.Krishnan adalah merupakan antara guru dan mentornya di dalam perfileman Melayu.
Zaman Jatuhnya Kegemilangan P. Ramlee
- MGR dan Sivaji Ganesan adalah merupakan dua pelakon dari India Selatan yang banyak mempengaruhi cara dan gaya lakonan P.Ramlee.
- Banyak filemnya gagal selepas berpindah ke Studio Merdeka.
- Ditamatkan kontrak nyanyian piring hitam oleh EMI kerana dianggap lagu-lagunya tidak boleh dijual.
- Pernah mendermakan kesemua wangnya di dalam poket RM200 ketika seseorang meminta bantuannya.
- Di zaman akhir kegemilangan, P.Ramlee pernah makan nasi dengan telur kerana tiada wang.
- Dipulau oleh media masa Malaya sehinggalah kematiannya.
- Pernah membuka dua buah syarikat penerbitan filem dengan H.M Shah, seorang usahawan berjaya.
- Filem terakhir arahan dan lakonan P.Ramlee ialah Laksamana Do Re Mi dengan bajet kecil.
Anak-Anak P. Ramlee
P.Ramlee hanya mempunyai dua orang anak kandung iaitu semasa berkahwin dengan Junaidah (isteri pertama). Namun begitu, kerana sifatnya yang pemurah dan suka membantu orang lain, beliau telah mengambil ramai anak angkat, dan menjaga anak tiri hasil perkahwinannya dengan Norizan dan Saloma.P. Ramlee Meninggal Dunia - Ramai Tidak Menyangka dan Terkejut
- Meninggal dunia pada 29 Mei 1973 pada umur 44 tahun akibat sakit jantung semasa dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur.
- H.M Shah membiayai pengebumian Alllahyarham P.Ramlee, dengan memberikan wang sebanyak RM3,000 kepada Saloma.
- Jenazah P.Ramlee dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Sumber: Kisah Benar Suka Duka P Ramlee Yang Tidak Berduit Di Hujung Hayatnya http://www.hasrulhassan.com/2015/05/kisah-benar-suka-duka-p-ramlee-yang.html#ixzz3ivugmfkS
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial
Follow us: @hasrulhassan on Twitter | bloghasrulhassan on Facebook
No comments:
Post a Comment