Sunday, November 24, 2013

Tasik Kenyir 15 November 2013 - 17 November 2013

Pada 15 November yang lalu, saya telah ke tasik Kenyir , Terengganu untuk membuat tinjauan berkenaan projek "Nature 4 Ukhuwah 2.0" yang  dianjurkan oleh pihak komuniti Telekung Project yang dicadangkan pada Februari 2014.  Program dan aktiviti ini adalah sambungan daripada program "Nature 4 Ukhuwah 1.0 " yang bertempat di sungai chilling yang lalu . Apa yang menarik pada program kali ini, kita telah menjemput seorang lagenda pelukis dari tanah air kita sendiri yang telah banyak melahirkan bakat-bakat pelukis dan juga pencetus revolusi di dalam bidang animasi. beliau  sendiri yang akan menjadi "guide" kita semasa program disana sepanjang aktiviti yang akan berjalan. Apa yang kita harapkan adalah program ini berjalan dengan baik dan lancar di samping kita sama-sama mengharapkan keredaan dari yang Maha Merancang. in shaa Allah.


sedikit info berkenaan "atok" Raja kartun

Ibrahim Anon atau Ujang yang merupakan nama pena bagi seorang pelukis berbakat besar walaupun bertubuh agak sederhana kecil. Mula mencipta namanya diGila-Gila dengan kartun loose Si Tenggang. Waktu kartun beliau kelihatan agak kurang matang dan strokenya terlalu simple. Walau bagaimana pun, Ujang berjaya meyakin penerbitnya bahawa karyanya suautu ketika akan diterima pembaca. Beliau telah membuktikan kegigihannya melalui watak-watak yang diciptanya melalui pengamatan dunia kelilingnya. Watak-watak dalam dirinya diterjemahkan dalam bentuk visual yang agak kartun tetapi menyentuh jiwa lewat karya-karyanya Aku Budak MinangJibamAcaAtuk dan banyak lagi.
Setelah betahun-tahun beliau menghilangkan diri daripada persada seni ekoran kekecewaan beliau terhadap masalah berkenaan karya intelek beliau, kini beliau menjelma kembali dengan semangat yang penuh membara untuk mengejutkan kembali kartunis-kartunis tanah air daripada 'tidur.' Beliau adalah seorang yang amat mementingkan keaslian 100% dalam sesuatu karya yang diterbitkan. Menurut beliau, fenomena para karyawan di Malaysia yang kebanyakannya meniru sedikit sebanyak kartun-kartun dan komik-komik luar negara seperti Jepun, Hong Kong, Korea, Amerika Syarikat, benar-benar mengecewakan beliau.
Tahun 2007 merupakan tahun kebangkitan semula 'Sifu Kartun Malaysia' ini. Bermula dengan usaha syarikat Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB) yang telah memberikan hak kepada Jajja Production Sdn Bhd untuk mengadaptasikan novel Jibam karya Ujang ke dalam bentuk filem yang menjalani pengambaran sekitar bulan April 2007 dan bakal menemui kaki-kaki wayang di Malaysia sekitar Disember 2007. Filem itu dikenali sebagai "Jibam The Movie."
Selain daripada itu, langkah-langkah giat ke arah menerbitkan Jibam sebagai sebuah animasi sedang dilakukan. Menurut laporan daripada sumber yang dipercayai, watak-watak animasi "Jibam" sedang dalam proses pembikinan oleh sebuah syarikat. Diharapkan "Jibam" akan meledakkan industri kartun dan komik di Malaysia pada suatu hari nanti dengan persembahan yang berwajahkan Malaysia.
sumber wikipedia

Ibrahim Anon (lahir di Kuala PilahNegeri SembilanMalaysia18 Oktober 1965; umur 48 tahun) adalah seorang kartunis yang sangat populer dan memiliki pengaruh di Malaysia. Dalam berkarya ia sering menggunakan nama pena : Ujang. Pada mulanya ia menampilkan nama tersebut di majalah Gila-Gila atas arahan Jafar Taib. Kemudian dalam setiap penampilannya ia menggunakan nama tersebut.

Karier[sunting | sunting sumber]

Sejak kecil, Ibrahim yang merupakan keturunan Minangkabau ini, telah menyukai kegiatan menggambar. Pada tahun 1982, setelah selesai Sijil Pelajaran Malaysia, ia pergi ke Kuala Lumpur. Sambil bekerja di sebuah pabrik roti, ia mencoba mengirimkan karyanya yang berjudul "Hikayat Ujang Senang". Karakter ini sudah ada di dalam pikirannya sejak ia duduk di bangku sekolah.
Pada tahun 1984, ia bertemu Jaafar Taib, seorang pengarah dari perusahaan Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB). Jaafar-lah kemudian yang menerbitkan karya Ibrahim, Hikayat Ujang Senang, di majalah Gila-Gila. Sejak saat itu namanya mulai dikenal sebagai seorang kartunis.
Pada tahun 1993, Ibrahim bergabung bersama Kharisma Group. Dalam kelompok media tersebut, ia menerbitkan majalah Ujang. Di Kharisma, ia juga menciptakan karakter Usop Sontorian, yang kemudian menjadi film animasi. Selanjutnya, karya-karya yang diterbitkan oleh majalah Ujang banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur Islami.
Setelah keluar dari Kharisma Group, ia mendirikan perusahaannya sendiri : Multi Triple Vision Sdn Bhd. Melalui perusahaan ini, Ibrahim menerbitkan majalah Varia Lawak dengan mengumpulkan sebagian besar kartunis-kartunis dari majalah Ujang. Majalah Varia Lawak ini juga menerbitkan kartun-kartun yang bernuansa Islam. Setelah digugat oleh Datuk Md. Othman Yusof, pemilik Kharisma Group, ia mengubah nama Varia Lawak menjadi Lanun. Disamping itu ia juga menerbitkan Buletin Lubuk, majalah khusus untuk penggemar mancing. Namun begitu kedua-duanya tidak bertahan lama dan terpaksa tutup di penghujung tahun 2000. Dua tahun kemudian, Ibrahim kembali muncul dengan majalah Ujang Budak Minang, namun juga tidak bertahan lama.
Melalui karyanya, Ibrahim telah banyak melahirkan watak-watak yang diamatinya dari lingkungan sekitar. Watak-watak tersebut diterjemahkannya dalam bentuk visual berupa kartun lewat karya-karyanya : Aku Budak MinangJibamAcaAtuk dan banyak lagi. Watak-watak tersebut banyak bercerita mengenai kehidupan pribadinya dan kebanggaannya sebagai seorang Minangkabau.
Tahun 2007, novelnya Jibam diangkat ke dalam dunia film oleh Jajja Production Sdn Bhd. Film itu terkenal dengan sebutan Jibam The Movie.



Program ini juga adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi  keupayaan minda dalam bidang seni yang ada pada anak -anak yatim dan volunteer yang terlibat, disamping  kita sama-sama dapat berkongsi maklumat dan pengetahuan di dalam bidang seni.

Selain itu, program ini juga adalah bertujuan untuk mengenang jasa orang-orang seni yang pernah menghiburkan hati kita di suatu ketika dahulu sekaligus memperkenalkan pada anak-anak yatim dan volunteer /sukarela yang masih tidak mengenali pelukis yang banyak merubah dan membantu menaik taraf kartun dan animasi di negara kita ini.


Di bawah adalah gambar sekitar Tasik Kenyir untuk projek "nature 4 Ukhuwah 2.0" kali ini.

In Shaa Allah

                                         











slow shutter sekitar pukul 10 mlm di tasik kenyir


saya bersama lagenda


gaya atok atau abg ujang


abg nazar angler dari kelantan

No comments:

Post a Comment